Saturday, December 19, 2015
HARI KELUARGA 2015
Friday, December 18, 2015
PELUPUSAN 27.2 JUTA BATANG OLEH JKDM KUALA LUMPUR PADA DISEMBER 2015
Sepang 4 Dis 2015 - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah memusnahkan 27.2 juta batang rokok putih dan kretek yang di rampas di sekitar Kuala Lumpur sejak tahun 1997 sehingga 2014. Rokok pelbagai jenama itu dianggarkan seberat 23.59 tan bernilai RM2.8 juta dan nilai duti sebanyak RM16.82 juta. Pemusnahan telah dijalankan di Pejabat Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Kastam Dengkil. Sidang akhbar telah dibuat oleh YBhg. Dato Matrang Suhaili, Timbalan Ketua Pengrah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan). Turut hadir Tuan Rumainor Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuala Lumpur.
UTUSAN MALAYSIA -4 DIS 20158
HARIAN METRO-4 DIS 2015
DENGKIL - Lebih 50 peratus daripada 1,020 orang yang ditahan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini kerana mengedar dan menjual rokok tidak sah adalah warga asing, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing yang terlibat dalam penjualan rokok tidak sah.
Antara tindakan yang boleh dikenakan termasuk membatalkan lesen perniagaan dan menarik balik penyewaan premis-premis perniagaan yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan, katanya.
"Kita akan mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan tindakan lebih tegas terhadap peruncit yang terlibat dalam penjualan rokok tidak sah," katanya
Pada majlis pelupusan rokok-rokok lucut hak oleh JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bahagian Penguatkuasaan JKDM di sini hari ini, Matrang berkata, sebanyak 495 juta batang rokok tidak sah dengan nilai duti dan cukai terlibat sebanyak RM255.28 juta dirampas antara Januari dan Oktober tahun ini.
Seramai 498 individu pula telah didakwa di mahkamah dengan denda melibatkan RM2 juta, katanya.
Sambil mengingatkan bahawa menyimpan, memiliki dan mengangkut rokok seludup merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, beliau berkata sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tiga tahun
atau denda atau 20 kali ganda nilai barangan atau kedua-duanya sekali.
Mengenai pelupusan rokok pada hari ini, Matrang memaklumkan sebanyak 27.2 juta batang atau 23.59 tan rokok putih dan rokok kretek dimusnahkan dengan kerjasama Gabungan Pengilang dan Pengimport Tembakau Malaysia (GPTM).
"Rokok-rokok tersebut merupakan rokok tidak sah yang disita dari tahun 1997 hingga 2014 yang melibatkan sembilan kertas siasatan yang telah mendapat kelulusan pelupusan daripada Kementerian Kewangan," katanya.
Nilai keseluruhan rokok yang dimusnahkan hari ini ialah RM2.8 juta dan melibatkan duti cukai sebanyak RM16.82 juta, katanya. - Bernama
Friday, October 30, 2015
PEGAWAI BERSARA
29 Oktober 2015- Pada hari ini Bahagian ini akan kehilangan seorang lagi pegawai yang begitu gigih dan komitmen kepada Jabatan iaitu Pegawai Kastam Kanan Mohd.Suhaimi yang menamatkan perkhidmatannya secara pilihan pada usia 57 tahun. Majlis persaraan beliau telah diadakan pada jam 3.30 petang di Aras 3, Pejabat Penguatkuasaan Kuala Lumpur.
Majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Romainoor Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Dato Gani Othman Pengarah Kastam Negeri Kuala Lumpur serta semua pegawai bahagian penguatsaan pelbagai pangkat. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Tn Romainoor KBP diikuti ucapan pegawai dirai Cif Suhaimi dan seterusnya acara pemotongsn kek sebagai tanda majlis persaraan dan ingatan abadi kami. Majlis beharap beliau akan terus ceria dan berbahagia dalam dunia "pencen" dan dapat menumpukan bersama keluarga tercinta. Kepada Cif Suhaimi kenangan semasa ber bersama rakan-rakan selama 3 tahun berada di Bahagian Penguatkuasaan Kuala Lumpur pasti tidak akan kami lupai dan pastinya dalam masa terdekat merasai kehilangan beliau. Namun demi tugas kita terpaksa berpisah jua...Selamat bersara cif, dan kenang kami dalam doamu...
Tuesday, October 27, 2015
PERTANDINGAN BOWLING INTER BAHAGIAN PUTRAJAYA DAN WPKL 2015
24 Oktober 2015 - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah menghantar 3 pasukan dalam pertandingan tersebut. Sebanyak lebih 28 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan berjalan dengan mesra dan meriah. Majlis yang bertempat diSunway Pyramid Megalane itu bermula jam 7.30 malam telah dirasmikan oleh Dato Subromaniam Timbalan Ketua Pengarah Kastam GST.
Kumpulan Deforce antara yang mengambil bahagian
Kumpulan Enforce JOHAN
Tempat ke 6 bersama hadiah cabutan bertuah
Monday, June 22, 2015
TENDER KERETA BERSEPADU SIRI 2/2015
Tawaran bermula dari 11 Jun 2015 hingga 1 julai 2015. Semua lot adalah dalam keadaan seadanya. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pjabat Kastam di seluruh Malaysia atau Layari:
www.customs.gov.my
Kenderaan yang termasuk dalam senarai Wilayah Petsekutuan Kuala Lumpur adalah sepertti dibawah: :
Wednesday, May 27, 2015
Sunday, May 24, 2015
TENDER SIRI 1/2015
TENDER KERETA LUCUTHAK KASTAM AKAN DIADAKAN PADA 10-13 MAC 2015 DI PULAUN PINANG. SELAMAT BERSIDANG...
KENDERAAN YANG BTERLIBAT DENGAN WPKL ADALAH LOT NO.34 HINGGA LOT 38 IAITU :
34. WIRA AB 1.5
35. PROTON SAGA 1.3S
36. MERCEDEZ BENZ CLK 240(A)
37. MAZDA MX5
38. PORSCHE CARRERA C4(A)
Saturday, May 23, 2015
BOLASEPAK ANTARA BAHAGIAN @015
JAN 2015 - Tahniah kepada Pasukan Bolaseoak Pencegah kerana telah menjadi JOHAN Bolasepak Antara Bahagian Anjuran MSKK untuk kali ke 3 berturut-turut. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
SUKAN
28 FEB 2015 - BAHAGIAN PENGUATKUASAAN TELAH MENGHANTAR SATU PASUKAN KE FUTSAL 2015 ANJURAN PERKASA. BIARPUN TIDAK BERJAYA MENEMPAH TEMPAT KE FINAL NAMUN SAINGAN SENGIT TETAP DIBERIKAN. TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERI KOMITMEN DALAM PERTANDINGAN INI.ANTARA PEMAIN TERLIBAT ADALAH TN.AMRAN, TN.ARIF SAFWAN, TN.ZULKARNAIN DAN TN.ADNAN. TAHNIAH JUGA KEPADA PENGURUS PASUKAN TN. AMARSIE. GOOD JOB...GAMBAR NANTI YE...
CERAMAH AGAMA PADA SLOT JUMAAT PADA 27 MAC 2014
27 mac 2015 - Majlis CEramah Agama bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Imam 2 Mesjid Putrajaya.Tajuk ceramah adalah "Mendapatkan Kehidupan Yang Barakah". Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
###
SEBUTHARGA TAYAR TERPAKAI LUCUTHAK KASTAM BIL.2/2015
Para Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjay Syarikat Malaysia dan Pelesen Impot Tayar Terpakai dari MITI adalah dipohon untuk membida tayar terpakai yang akan diadakan olek Jabatan Kastam Diraja Malaysia WPKL. Notis Sebutharga Tayar Terpakai Bil.2/2015 akan diadakan mulai 22/05/15 sehingga 4 /06/15 Khamis jam 12.00tgh. Buat peringatan barangan boleh dilihat di lokasi Stor Dengkil, Selangor mulai 25/05/15 hingga 29/05/15 dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Sekira nya ada masalah berkaitan sila berhubung dengan pegawai stor yang berkaitan.
KEKECOHAN 22 MAC 2015
KELANA JAYA- 22 MEI 2015 ALHAMDULILLAH SEKELOMPOK NGO YANG MENGADAKAN PROTES BANTAHAN PELAKSANAAN GST TELAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN AMAN DAN TERATUR DENGAN BANTUAN SEMUA PEGAWAI DARI BERBAGAI PERINGKAT. TAHNIAH KEPADA TUAN ABD.GANI BIN OTHMAN SELAKU MTT PKN WPKL YANG TELAH BERTINDAK BIJAK DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG TEPAT. TAHNIAH SEKALI LAGI...
PELUPUSAN ROKOK TIDAK SAH PADA SEPTEMBER 2014
DENGKIL- 17 SEPTEMBER 2014
Pelupusan rokok yang telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasan Kuala Lumpur .
KUALA LUMPUR – Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini melupuskan 46.3 juta rokok putih dan kretek tidak sah bernilai RM23.7 juta termasuk cukai di pejabat Cawangan Penguatkuasaan dan Rampasan, Dengkil.
Menurut beliau, rokok seberat 69,472 kilogram itu melibatkan 12 kes yang telah selesai bagi tempoh tiga tahun hingga 2013.
“Antara jenis rokok putih dan kretek yang dihapuskan termasuk Gudang Garam, Djarum, Surya, Dji Sam Soe, Nusantara, John, U2, Kingston dan lain-lain.
“Rokok tersebut dimusnahkan dengan cara dirincih dengan mesin dan prosedur tersebut dilaksanakan oleh kontraktor dilantik.
Tambah beliau, sisa rincihan tembakau termasuk kotak pembungkus akan dilupuskan di tempat pelupusan yang dibenarkan.
Sumber: freemediatoday.com
Pengarahnya, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, kesemua rokok dimusnahkan itu melibatkan 12 kertas siasatan yang telah selesai disiasat bagi tempoh tiga tahun sejak 2010.
Beliau berkata, antara jenama rokok dimusnahkan itu ialah Gudang Garam, Djarum, Surya, John, U2, June dan Sampoerna yang kesemuanya membabitkan nilai cukai sebanyak RM18.8 juta.
"Proses pelupusan ini menggunakan kaedah rincih dengan mesin. Sisa tembakau serta kotak pembungkus kemudian akan dilupuskan di kawasan dibenarkan atau diberi lesen.
"Semua rokok yang dimusnahkan ini merupakan barang dilarang import atau dijual iaitu di bawah Perintah Kastam Sembilan melainkan terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan,"katanya dalam sidang akhbar selepas program pemusnahan barangan itu di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Ibu Pejabat JKDM Dengkil di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Isa, proses pemusnahan rokok terbabit telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM dan Kementerian Kewangan berikutan nilainya melebihi RM500,000.
Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah sepanjang tahun ini beliau berkata, bermula Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 528 serbuan dibuat termasuk melibatkan premis dan sebanyak 76 kes tangkapan telah dilakukan.
Katanya, sebanyak 55 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan selesai dijatuhkan hukuman.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20140918/wk_01/Kastam-musnah-rokok-haram-RM51j#ixzz3awrCuAEB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Oleh SHARAMEI SHAIK AHMEDULLAH
kota@utusangroup.com.my
SEPANG 17 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur
hari ini memusnahkan sebanyak 46.3 juta batang rokok putih dan keretek
tidak sah pelbagai jenama dengan nilai sebanyak RM5.1 juta.kota@utusangroup.com.my
Pengarahnya, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, kesemua rokok dimusnahkan itu melibatkan 12 kertas siasatan yang telah selesai disiasat bagi tempoh tiga tahun sejak 2010.
Beliau berkata, antara jenama rokok dimusnahkan itu ialah Gudang Garam, Djarum, Surya, John, U2, June dan Sampoerna yang kesemuanya membabitkan nilai cukai sebanyak RM18.8 juta.
"Proses pelupusan ini menggunakan kaedah rincih dengan mesin. Sisa tembakau serta kotak pembungkus kemudian akan dilupuskan di kawasan dibenarkan atau diberi lesen.
"Semua rokok yang dimusnahkan ini merupakan barang dilarang import atau dijual iaitu di bawah Perintah Kastam Sembilan melainkan terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan,"katanya dalam sidang akhbar selepas program pemusnahan barangan itu di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Ibu Pejabat JKDM Dengkil di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Isa, proses pemusnahan rokok terbabit telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM dan Kementerian Kewangan berikutan nilainya melebihi RM500,000.
Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah sepanjang tahun ini beliau berkata, bermula Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 528 serbuan dibuat termasuk melibatkan premis dan sebanyak 76 kes tangkapan telah dilakukan.
Katanya, sebanyak 55 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan selesai dijatuhkan hukuman.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20140918/wk_01/Kastam-musnah-rokok-haram-RM51j#ixzz3awrCuAEB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)