Sunday, May 24, 2015

GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)

TENDER SIRI 1/2015


TENDER KERETA LUCUTHAK KASTAM AKAN DIADAKAN PADA 10-13 MAC 2015 DI PULAUN PINANG. SELAMAT BERSIDANG...

KENDERAAN YANG BTERLIBAT DENGAN WPKL ADALAH LOT NO.34 HINGGA LOT 38 IAITU : 
34. WIRA  AB 1.5
35. PROTON SAGA 1.3S
 36. MERCEDEZ BENZ CLK 240(A)
37. MAZDA MX5
38. PORSCHE CARRERA C4(A)


Saturday, May 23, 2015

BOLASEPAK ANTARA BAHAGIAN @015



JAN 2015 - Tahniah kepada Pasukan Bolaseoak Pencegah kerana telah menjadi JOHAN Bolasepak  Antara Bahagian Anjuran MSKK untuk kali ke 3 berturut-turut. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

SUKAN


28 FEB 2015 - BAHAGIAN PENGUATKUASAAN TELAH MENGHANTAR SATU PASUKAN KE FUTSAL 2015 ANJURAN PERKASA. BIARPUN TIDAK BERJAYA MENEMPAH TEMPAT KE FINAL NAMUN SAINGAN SENGIT TETAP DIBERIKAN. TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERI KOMITMEN DALAM PERTANDINGAN INI.ANTARA PEMAIN TERLIBAT ADALAH TN.AMRAN, TN.ARIF SAFWAN, TN.ZULKARNAIN DAN TN.ADNAN.  TAHNIAH JUGA KEPADA PENGURUS PASUKAN  TN. AMARSIE. GOOD JOB...GAMBAR NANTI  YE...



CERAMAH AGAMA PADA SLOT JUMAAT PADA 27 MAC 2014


27 mac 2015 - Majlis CEramah Agama bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Imam 2 Mesjid Putrajaya.Tajuk ceramah adalah "Mendapatkan Kehidupan Yang Barakah".  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

 ###

SEBUTHARGA TAYAR TERPAKAI LUCUTHAK KASTAM BIL.2/2015


Para Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjay Syarikat Malaysia dan Pelesen Impot Tayar Terpakai dari MITI adalah dipohon untuk membida tayar terpakai yang akan diadakan olek Jabatan Kastam Diraja Malaysia WPKL. Notis Sebutharga Tayar Terpakai Bil.2/2015 akan diadakan  mulai 22/05/15 sehingga 4 /06/15 Khamis jam 12.00tgh. Buat peringatan barangan boleh dilihat di lokasi Stor Dengkil, Selangor mulai 25/05/15 hingga 29/05/15 dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Sekira nya ada  masalah berkaitan sila berhubung dengan  pegawai stor yang berkaitan.

KEKECOHAN 22 MAC 2015






KELANA  JAYA- 22 MEI 2015 ALHAMDULILLAH SEKELOMPOK NGO YANG MENGADAKAN PROTES BANTAHAN PELAKSANAAN GST TELAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN AMAN DAN TERATUR DENGAN BANTUAN SEMUA PEGAWAI DARI BERBAGAI PERINGKAT. TAHNIAH KEPADA TUAN ABD.GANI BIN OTHMAN SELAKU MTT PKN WPKL YANG TELAH BERTINDAK BIJAK DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG TEPAT. TAHNIAH SEKALI LAGI...




PELUPUSAN ROKOK TIDAK SAH PADA SEPTEMBER 2014

DENGKIL- 17 SEPTEMBER 2014
Pelupusan rokok yang telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasan Kuala Lumpur .

KUALA LUMPUR – Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini melupuskan 46.3 juta rokok putih dan kretek tidak sah bernilai RM23.7 juta termasuk cukai di pejabat Cawangan Penguatkuasaan dan Rampasan, Dengkil.
Menurut beliau, rokok seberat 69,472 kilogram itu melibatkan 12 kes yang telah selesai bagi tempoh tiga tahun hingga 2013.
“Antara jenis rokok putih dan kretek yang dihapuskan termasuk Gudang Garam, Djarum, Surya, Dji Sam Soe, Nusantara, John, U2, Kingston dan lain-lain.
“Rokok tersebut dimusnahkan dengan cara dirincih dengan mesin dan prosedur tersebut dilaksanakan oleh kontraktor dilantik.
Tambah beliau, sisa rincihan tembakau termasuk kotak pembungkus akan dilupuskan di tempat pelupusan yang dibenarkan.

 Sumber: freemediatoday.com


SEPANG 17 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur hari ini memusnahkan sebanyak 46.3 juta batang rokok putih dan keretek tidak sah pelbagai jenama dengan nilai sebanyak RM5.1 juta.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, kesemua rokok dimusnahkan itu melibatkan 12 kertas siasatan yang telah selesai disiasat bagi tempoh tiga tahun sejak 2010.
Beliau berkata, antara jenama rokok dimusnahkan itu ialah Gudang Garam, Djarum, Surya, John, U2, June dan Sampoerna yang kesemuanya membabitkan nilai cukai sebanyak RM18.8 juta.
"Proses pelupusan ini menggunakan kaedah rincih dengan mesin. Sisa tembakau serta kotak pembungkus kemudian akan dilupuskan di kawasan dibenarkan atau diberi lesen.
"Semua rokok yang dimusnahkan ini merupakan barang dilarang import atau dijual iaitu di bawah Perintah Kastam Sembilan melainkan terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan,"katanya dalam sidang akhbar selepas program pemusnahan barangan itu di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Ibu Pejabat JKDM Dengkil di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Isa, proses pemusnahan rokok terbabit telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM dan Kementerian Kewangan berikutan nilainya melebihi RM500,000.
Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah sepanjang tahun ini beliau berkata, bermula Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 528 serbuan dibuat termasuk melibatkan premis dan sebanyak 76 kes tangkapan telah dilakukan.
Katanya, sebanyak 55 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan selesai dijatuhkan hukuman.