Saturday, May 23, 2015

PELUPUSAN ROKOK TIDAK SAH PADA SEPTEMBER 2014

DENGKIL- 17 SEPTEMBER 2014
Pelupusan rokok yang telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasan Kuala Lumpur .

KUALA LUMPUR – Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini melupuskan 46.3 juta rokok putih dan kretek tidak sah bernilai RM23.7 juta termasuk cukai di pejabat Cawangan Penguatkuasaan dan Rampasan, Dengkil.
Menurut beliau, rokok seberat 69,472 kilogram itu melibatkan 12 kes yang telah selesai bagi tempoh tiga tahun hingga 2013.
“Antara jenis rokok putih dan kretek yang dihapuskan termasuk Gudang Garam, Djarum, Surya, Dji Sam Soe, Nusantara, John, U2, Kingston dan lain-lain.
“Rokok tersebut dimusnahkan dengan cara dirincih dengan mesin dan prosedur tersebut dilaksanakan oleh kontraktor dilantik.
Tambah beliau, sisa rincihan tembakau termasuk kotak pembungkus akan dilupuskan di tempat pelupusan yang dibenarkan.

 Sumber: freemediatoday.com


SEPANG 17 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur hari ini memusnahkan sebanyak 46.3 juta batang rokok putih dan keretek tidak sah pelbagai jenama dengan nilai sebanyak RM5.1 juta.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Isa Endot berkata, kesemua rokok dimusnahkan itu melibatkan 12 kertas siasatan yang telah selesai disiasat bagi tempoh tiga tahun sejak 2010.
Beliau berkata, antara jenama rokok dimusnahkan itu ialah Gudang Garam, Djarum, Surya, John, U2, June dan Sampoerna yang kesemuanya membabitkan nilai cukai sebanyak RM18.8 juta.
"Proses pelupusan ini menggunakan kaedah rincih dengan mesin. Sisa tembakau serta kotak pembungkus kemudian akan dilupuskan di kawasan dibenarkan atau diberi lesen.
"Semua rokok yang dimusnahkan ini merupakan barang dilarang import atau dijual iaitu di bawah Perintah Kastam Sembilan melainkan terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan,"katanya dalam sidang akhbar selepas program pemusnahan barangan itu di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Ibu Pejabat JKDM Dengkil di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Isa, proses pemusnahan rokok terbabit telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM dan Kementerian Kewangan berikutan nilainya melebihi RM500,000.
Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah sepanjang tahun ini beliau berkata, bermula Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 528 serbuan dibuat termasuk melibatkan premis dan sebanyak 76 kes tangkapan telah dilakukan.
Katanya, sebanyak 55 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan selesai dijatuhkan hukuman.

No comments:

Post a Comment