Friday, January 1, 2021

Sholawat Syifa Tibbil Qulub Full 2 Jam Lirik Latin, danTerjemahan

Kesalahan- Kesalahan Dibawah Akta Kastam

Prakata

Pertama sekali, syukur kehadrat Allah swt, dapat juga saya meneruskan catatan saya yang terhenti sejak 2016 lagi. Mulai tahun 2021 baru tergerak hati ini untuk meneruskan catatan saya. Antara penyebabnya adalah: 

i)   Untuk memahirkan semula catatan  saya dalam blogspot.

ii)  Mengisi masa yang terluang semasa pandemik COVID-19 ini.

iii) Memberikan sedikit maklumat kepada mereka yang memerlukan.

vi) Memberikan sedikit pengalaman ini dikongsikan bersama.

vi) Bukan semua ilmu & penetahuan boleh dapat dari pembacaan.

Besarlah harapan saya dengan usaha kecil saya ini ianya dapat sedikit sebanyak membantu tuan/ puan  dalam menjalankan tugas harian  masing-masing. Sekiranya ia membantu saya turut gembira dan sekira tuan/puan ada maklumat yang salah, maklumat lama, ada maklumat terbaru atau ada maklumat yang sesuai ditambah, sila maklumkan kepada saya melalui emel  seperti berikut : azyjuara@gmail.com, 

Mudah-mudahan segalanya ini bermanfaat. 

Sekian, terima kasih.

Kes yang biasa terlibat dengan Bahagian Penguatkuasaan JKDM adalah yang melibatkan beberapa  Akta dibawah : 

1. Akta Kastam 1967 (Akta 235)

2.Akta Eksais 1976 (Akta 176)

3. Akta Zon Bebas 1990 (Akta 438)

4. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)

5. Akta Racun 1952 ( Akta 366)

6. Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap)  (Akta 165)


1. AKTA KASTAM 1967 (Akta 235) 












   S.52 Master atau agent perlu mengemukakan inward manifest dalam masa 24 jam sebelum pemunggahan turun kargo.

☐ S.52(4) Ingkar boleh dipenjara tidak melebihi  Lima Tahun dan denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau keduanya.

☐ S. 87 Ikrar borang kastam dengan betul dari pembungkusan seperti berat, saiz, kuantiti, nilai dan negara asal   

  S.114 Sitaan barang yang menjadi subjek.

  S.115 Pemulangan atau pelupusaan  barang 

S.115(1)(a) temporarily return the good to the owner thereof or to the person from whose possession, custopdy or control the good were seized.

115(1)(b) return the good to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control  the good were seized. a) barang tak bercukai bayar  sejumlah nilai pada masa kejadian             b) Barang bercukai  kena bayar cukai  c) bayar cukai-cukai lain.

☐ S.115(1)(c) Jual atau pemusnahan barang. Berdasarkan opinion senior officer of  customs , barang tersebut mudah rosak, barangan merbahaya,  barang mudah susut nilai,  cepat busuk, telah tamat tempoh, kualiti barang akan musnah

  S.128(1) Tiada tuntutan selepas Tiga Puluh Hari dari tarikh sitaan  barang kes di Sita.

S.131 Compounding of Offences 
 S.131 (7) If prohibited good are seized under this Act, such goods or the amaunt secured under paragraph  115(1)(a) or (b) or the amaunt realized by sale under paragraph 115(1)(c) as the case may be, shall be forfeited.
S.131 (8) Notwithstanding subsection (7) where prohibition of the good is condiotional upon a mlicence being issued, a senior customs may realease such good if a licence is issued by any relevant authorithy and produced to the senior officer of customs within thirty days from the date such amaunt of ,money is paid.
 

 ☐ 133(1)(a) Membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa‐apa perkara.

 Denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua‐duanya

  S.133(1)(b) Membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan atau dokumen yang dibuat bagi pertimbangan pegawai kastam berkenaan apa‐apa permohonan yang disampaikan kepadanya, yang tidak benar atau tidak betul dalam apa‐apa perkara.

  S.135(1)(a) Mengimport atau mengeksport apa‐apa barang‐barang tak berkastam atau apa-apa barang‐barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barang‐barang berkenaan itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantarserah atau tidak.

      Kesalahan (i) dalam hal barang‐barang yang termasuk dalam suatu kelas barangbarang yang dinyatakan dalam satu perintah yang dibuat dalam seksyen 11(1)‐(aa) kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua‐duanya.

      (bb) kesalahan kedua atau kemudiannya denda tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 40 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

      (ii) dalam barang‐barang tak berkastam, barang‐barang itu bukan yang berduti atau dilarang, boleh denda tidak lebih dua kali ganda nilai barang‐barang itu atau RM10,000 yang mana satu amaun yang lebih besar.

      (iii) dalam hal barang‐barang larangan‐

      (aa) kesalahan pertama bertanggungan dengan denda tidak lebih 10 kali ganda nilai barang-barang itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang‐barang itu atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua‐duanya; dan

      (bb) kesalahan kedua atau kemudiannya didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang-barang dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barang‐barang atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua‐duanya.

 KESALAHAN Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

  S.135(1)(d) Dengan disedarinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai

      dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan   untuk

      dilindungi, disimpan atau disembunyi, apa‐apa barangbarang tak berkastam atau barang

      larangan.


  S.135(1)(e)  Dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan dengan apa‐apa barang berduti, tak berkastam atau larangan dengan niat menfraud Kerajaan terhadap apa‐apa duti ke atasnya, atau mengelak daripada mana‐mana peruntukan Akta ini atau mengelak daripada apa‐apa larangan yang terpakai bagi barang‐barang itu.

KESALAHAN Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah seksyen itu.

Sabit kesalahan pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang kes atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang kes atau RM 500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
  S.135(1)(g) Yang dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam apa‐apa pengelakan fraudan atau cuba mengelak dengan fraudan apa‐apa duti kastam, atau dalam pengelakan atau percubaan mengelakkan apa‐apa larangan import atau eksport.

  S.136 Penalti melakukan halangan

      (a)  Menghalang pegawai kastam menjalankan tugas

      (b)  Membebas atau cuba membebaskan apa‐apa barang‐barang, atau menyebabkan untuk dibebaskan, apa‐apa barang yang telah disita dengan sempurnanya.

      (c) Memecah atau memusnahkan apa-apa bungkusan sebelum dan selepas rampasan

  S.138 Penalti bagi kesalahan lain yang tidak diperuntukan.Denda tidak melebihi 50,000.00 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali. 

  S.139  Barangsiapa yang cuba melakukan apa-apa kesalahan


CONTOH BARANG -BARANG  DALAM  "PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT) 2017"

Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

Pengimportan tembakau(termask rokok)/ Minuman keras perlu memohon lesen mengimport yang dikeluarkan oleh KPK

KESALAHAN berkenaan (minuman keras/ rokok)  adalah tertakluk kepada barang larangan import

1. ROKOK - Di bawah butiran 1, Bahagian ll  Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017

(A. All importers shall comply with the health warning on cigarette packaging)

(B. Health information on cigarette packaging di Packett of cigarettes/ Cartoon of cigarette)

(C. Tax stamp - each packet of cigarette shaal be affixed a tax stamp as approved by Dirwector General)

Contoh : mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan denda tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

2. Minuman Keras Di bawah Butiran 3, Bahagian ll  Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017

(Every bottle , can, keg or other container of the good must be  affixed with tax stamp approved by Director General of Customs)

(That the import is subject to the approval of the Food Safety ang Quality Division of the Ministry of Health)

Butiran 66, Tobacco and manufactured Tobacco Bahagian 1, Jadual Ketiga

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2017


Butiran 67 minuman keras (Fermented alcolohic and distilled alcoholic) Bahagian 1 Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2017


3. Beer - Item 3, Bahagian ll, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017


#TAMBAHAN  BAGI AKTA KASTAM 1967

4. - Bagi Chewing Tobacco

Butiran 66, Bahagian l,  Jadual Ketiga      

    lTobacco and manufactured tobacco - 2401, 2402, 2403

Sek.135(1)(iii)(aa) Dalam kes baerkaitan barang larangan SELAIN ROKOK DAN MINUMAN KERAS  

(aa) - Bagi kesalahan pertama denda dari tidak kurang  dari sepuluh kali nilai atau Lima Puluh Ribu Ringgit, yang mana  lebih besar, dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau Lima Ratus Ribu Ringgit, mana yang lebih besar atau dipenjara tidak lebih dari tujuh atau keduanya.

5.  Air Zam-Zam
Dagangan ini dikategorikan sebagai barang larangan import di bawah Butiran 74, Bahagian l, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Menenai Import) 2017Perbuatan mengimport air zam zam tanpa permit import adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta
 Kastam 1967 dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019."Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali."Sabit kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

6. Cecair Vape
Cecair Rokok  Elektronik adalah barangan larangan import di bawah Butiran 4 (5), Jadual Kedua, Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. 
"mixture and preparation whether or not containing tobacco extract or essence, nicotine, aromatic oil, flavouring etc. of kind use for vaporizer smoking."

# Mulai 1 April 2023 Cukai keatas cecair vape pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml)
- Nicotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah , cecair dan gel nicotin  kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

7. Device Pod

8. Daging Ayam
Ia merupahan barangan larangan import di bawah Butiran 1(1), Jadual Ketiga , Bahagian l  Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dimana pengimportannya memerlukan permit dari MAQIS.

9. Kura-Kura
Ia merupahan barangan larangan import di bawah Butiran 1(3), Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Species Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit., Ia juga di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1,  Jadual Ketiga, Bahagian lll kecuali permit Perhilitan.

10. Sisik Tenggiling - Butiran 1, Bahagian lll , Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017

11. Cecair Rokok Elektrik - Butiran 4, Bahagian l, Jaduan Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017

12. Beras - Butiran 5, Bahagian 1, Jadual Kedua , Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017

13. Wang Tunai
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 28B Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktivityi Haram (AMLAFTPUAA 2001)
 yang mana jika disabitkan kesalahan  suspek boleh didenda tidak melebiohi  3 juta  atau dienjata tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

14. Senjata  Mainan (airsoft  Gun)

Senjata api itu diklasifikasi sebagai dagangan larangan di bawah Butiran 48, Bahagian 1, Jadual Ketiga. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.


2.  AKTA EKSAIS 1976 (Akta 176)

Sek,32(1) AE 1976 Tiada seorangpun boleh menjual secara runcit atau menawarkan jualkan secara runcit, apa-apa liquor yang memabukan semada digunakan pada atau di mluar premis penjual kecuali di bawah dan ,mengikut satu lesen yang dikeluarkan di bawah bbhagaian ini dan dalam suatu ntempat yang dinyatakan dalam lesen ini.

Sek. 35 - Lembaga Pelesenan  bagi sesu kawasan adalah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk mengeluarkan atau memindah milik lesen dalam kawasan itu seperti berikut:

      1) Lesen Rumah Awam     2) Lesen Rumah Bir     

      3) Lesen Kedai Runcit      4) Lesen Peniaga Borong

  Sek.35 & Peraturan 11(1) dimana setiap premis yang menjual minuman memabukan perlu mendapatkan lesen menjual minuman keras.

Sek.54 AE 1976 Penyitaan barnag-barang hal perkara sesuatu kesalahan.

Sek.55(1)(c) Pemulangan atau Pelupusan harta Alih 

Menjual atau memusnahkan barang-barang itu, mudah rosak, merbahaya dan mudah merosot kualiti atau nilainya. 

  Sek.65(1) Barang-barang yang disita boleh dilucuthak 

  Sek.65(3) Barang yg dilucuthak hendaklah diserahkan kepada pegawai yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kastam.

  Sek.74(1) Penalti bagi perbuatan melarikan cukai eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang berduti.

KESALAHAN Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 74(1)(i)(A) Akta Eksais 1976 yang memperuntukkan hukuman kesalahan bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah eksais iaitu RM 893.20 atau RM50,000 atau yang mana lebih tinggi jumlahnya dan tidak melebihi 20 kali ganda iaitu RM1786.40 atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan Sek.74(1)(e) - (Mengangkut menggunakan kenderaan)

Denan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara melarikan apa-apa duti  eksais secara fraud 

  Sek.76 Penalti menjual tanpa lesen di bawah Sek.35(1), boleh didenda tidak melebihi RM50,000


Sek.79 AE 1976 - Kesalahan-kesalahan yang tiada peruntukan baginya. Denda tidak lebih dari RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

MERUJUK KEPADA AKTA EKSAIS 1976,

 TAFSIRAN ARAK SEPERTI :  LIQUOR MEMABUKKAN : MEMPUNYAI ERTI YANG DIBERIKAN OLEH SEKSYEN 2(1) AKTA KASTAM 1967 IAITU TERMASUKLAH APA-APA ALKOHOL ATAU APAAPA CECAIR YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA DUA PERATUS SPIRIT PRUF, YANG S ESUAI ATAU BERMAKSUD UNTUK ATAU YANG BOLEH DENGAN APA-APA CARA DIUBAH BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI SUATU MINUMAN  BIR : TERMASUK OLE STOUT, PORTER DAN SEGALA LIQUOR TAPAIAN LAIN YANG DIBUAT DARIPADA MALT

NOTA

PIHAK PBT DI BERI KUASA UNTUK MENGAWAL AKTIVITI PENJUALAN ARAK ADALAH TIDAK SPESIFIK DAN HANYA SECARA TIDAK LANGSUNG BERDASARKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANDI BAWAH SEKSYEN 101(1)(v) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) DAN SEKSYEN 102 (s) AKTA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN KUASA PBT MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KECIL MENGENAI SEGALA PERKARA MENGENAI PELESENAN ARAK. 

LEMBAGA PELESENAN ARAK DI PERTANGGUNJAWABKAN DALAM MELESENKAN PENJUALAN LIQUOR YANG MEMABUKKAN BERDASARKAN SEKSYEN 31 AKTA EKSAIS 1976


3, AKTA ZON BEBAS 1990 (AKTA 438)



















-Sek,5.(2)(a) AZB1990 aktiviti  transhipment adalah dibenarkan dan 

-Sek.8A AZB 1980 - Perisytiharan  untuk memberikan pembutiran yang penuh dan benar.

- Sek.(1) Free Zones Regulations kuasa untuk membenarkan aktiviti transhipment di dalm zon bebas adalah terletak kepada pihak berkuasa Zon.

Sek.30(2) FTZ Regulation "(2) Notwithstanding anything in subregulation (1)  a proper officer of customs or officer of Authority after consultation with the Director General as the case maybe, may refuse the transhipment any good to import or export of which is prohibited."

☒  Sek.26(1) Penyitaan barang subjek  sesuatu kesalahan.

  Sek.30(1) Melanggar apa peraturan dan syarat. yang ditetapkan

  Sek.33 (1) Mengkompaun Kesalahan

  Sek.38 Barang kes  boleh dilucuthak

  Sek.40(1) Barang yang disita tiada apa-apa pendakwaan dilucuthak  Tiga Puluh Hari dari tarikh Notis Sita.


Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991

Kesalahan 

1.    Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan ) 2019 - Tiada siapapun boleh mengimport/ membawa masuk ke dalam, mengeksport/ membawa keluar/ memindah kapal di mana-mana zon bebas apa-apa barangan larangan melainkan mempunyai suatu permit oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.


4. Akta Dadah Berbahaya 1952 (AKTA 234)



Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Seksyen 6B ADB bagi kesalahan menanam pokok ganja

Sek.12  Sekatan keatas pengimportan dan pengeksportan dadah

Seksyen 12 (2)   Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan minimum 10 sebatan dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun.

  Sek.15  Pemberian kepada diri sendiri dan kesalahan.

Seksyen 15(1)(a)  ADB bagi kesalahan memasukkan dadah dalam badan.

  Sek.30 Seizure or forfeited of drugs

  Sek.30  Kuasa menahan dan merampas.

  Sek.30(7) Tiada tuntutan selepas tiga puluh hari barang kes terlucuthak 

  Sek.39(7)  Jika tida pendakwaan dalam sebulan kalender, dagangan akan dilucuthak


  Sek.39A(1) Kesalahan memiliki dadah berbahaya

#2 - 5 gram heroin/morphin

-#5-30gram MDMA

      (1) 20gram-50 gram Cannabis.

      (2) Lebih 50ram - 200 gram Cannabis.

Hukuman tidak melebihi  melebihi  2 tahun, 3 rotan dan tidak melebihi 9 rotan


  Sek.39A(2) Kesalahan memiliki dadah berbahaya

# Lebih 5gram heroin/morphin

# Lebih 50 g cannabis

# Lebih 250 g opium

# Lebih 30g MDMA

Hukuman penjara lebih lebih 5 tahun tidak kurang dari 10 rotan.


Sek,39B pengedaran dadah berbahaya.

 Seseorang yang ditangkap dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.


5.     AKTA RACUN 1952 (AKTA 366)





















  Sek.12  Control of compound of poison for use in medical treatment.

  Sek.13 Possession of sales poison and sale of poison in contravention of this act an offence.

  Sek.30 control import, export, manufacturing, sales etc

Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

  Sek.32 Penalti

☐ S.32(5) Any poison in respect of which  an offence again this act shall be has been committed shall be forfeited and delivered to the Director  General of Health for disposal. 

# Catatan

KETUM

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL KETUM

-Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air ketum adalah bahan psikotropik  yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan  dalam  Jadual Ketiga Racun(bahan-bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

  Sek.33 (2) memiliki daun ketum dan kesalahan di bawah Sek 35(5)

Not exceeding five thousand ringgit  atau penjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.

- Sek.30 Akta Racun 1952  adalah menjadi satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan  bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

- Kesalahan boleh didenda di bawah Sek.30(5) Akta Racun yang sama iaitu denda  tidak melebihi RM10,000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.











6.     Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap)                  (Akta 165)

        Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap)                 1976 - " (a)Tidak boleh seseorang mengilang, (b) menawar, (c)  melakukan atau menawar sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud mengilang samsu haram"  yang boleh dihukum  di bawah Seksyen 3(2) penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun  dan sebatan tidak kurang dua kali, jika sabit kesalahan.

        Seksyen 4(1)(a),(b),(c) "melakukan atau menawar untuk melakukan sesuatu perbuatan untuk atau bagi maksud  memperdagang samsu gelap " Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu  Gelap)   1976 yang memperuntukkan hukuman  Seksyen 4(2) (a) dan (b)  penjara penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

        Sek.14(1) Sitaan dan lucuthak apa-apa samsu gelap dan yang berkaitan.

Contoh Kes:

Dua lelaki didakwa simpan, proses, jual arak haram

Julai 2019 @ 2:32pm

GEORGETOWN: Dua rakan perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga dakwaan menyimpan, mengilang dan memperdagangkan arak haram di Pulau Pinang, pada Jun lalu.

Tertuduh, Hla Win, 50, yang juga warga Myanmar, dan rakannya, G Gunaselan, 41, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan secara bersama di hadapan Majistret L Uma Devi.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara sedar melindungi, menyimpan, menyembunyi, atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyi, apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan.

Semua barangan terbabit adalah 216 botol jenama Whisky Extra Special, 888 botol jenama High Class Whisky, 312 botol jenama Myanmar Whisky Extra Special, 300 botol jenama Grand Royal Whisky, 18 botol jenama Brandy Cap Kapak, 160 botol Royal Club 99 Whisky, 2328 tin jenama El Diablo Super Strong Brew Lager Beer, dan 1152 tin jenama Miludeer Extra Strong Beer

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, mereka didapati mengilang samsu gelap, dan didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir, Hla dan Gunaselan didakwa melakukan atau menawarkan untuk melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud memperdagangkan samsu gelap.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 yang memperuntukkan hukuman penjara penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Semua pertuduhan didakwa dilakukan di premis 21, Jalan Kajang, dalam daerah Timur Laut, pada jam 6.18 petang pada 24 Jun lalu.

Uma Devi membenarkan Hla diikat jamin sebanyak RM23,000 dengan dua penjamin warga tempatan, berserta dua syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan passport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap Isnin.

Gunaselan yang bekerja sebagai juruteknik pula dibenarkan ikat jamin sebanyak RM19,000 bersama seorang penjamin.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Siti Hajar Jaafar, manakala Hla diwakili peguam Andy Ooi Cheng Liang, dan M Priya mewakili Gunaselan.

Jun lalu, akhbar melaporkan dua lelaki tempatan dan empat warga asing maut akibat keracunan metanol selepas minum arak buatan sendiri dalam beberapa kejadian sejak dua bulan lalu di Pulau Pinang.

Semua mangsa yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Sungai Pinang, dipercayai minum arak dicampur metanol, yang dipercayai diperoleh daripada sebuah premis di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).