Wednesday, September 14, 2016

Thursday, August 11, 2016

HARI SETIA JABATAN OGOS 2016

3 Ogos 2016 - Bahagian Penguatkuasaan WPKL telah diberi peluang untuk menjadi majlis penganjur untuk bulan Jun, Julai Ogos dan September 2016. Majlis yang cukup santai amat meriah meriah, apatha lagi dibuat dalam suasana hari raya. Majlis dirasmi oleh Yg.Berbhg Dato Gani Othman Pengarah Kastam WPKL. Majlis ini turut menghargai penerima warga yang berdedikasi, pegawai cemerlang jabatan dan juga sambutan ulang tahun. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan berkhidmat dengan cemerlang.

Thursday, August 4, 2016

MAJLIS HARI RAYA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2016

28 JULAI 2016  Majlis Hari raya peringkat bahagian telah berlangsung dengan meriah. Turut menghadiri ini adalah keluarga pegawai dan juga rakan bestari jabatan, Majlis yang dirasmikan oleh PKN ini bermula pada jam 9.00 malam. Berbagai acara menarik dijalankan seperti persembahan karaoke, penyampaian duit raya  dan cabutan bertuah. Selamat hari raya....

MAJLIS HARI RAYA JKDM WPKL 2016


3 OGOS 2016  Majlis Hari Raya peringkat negeri telah berjalan dengan meriah dengan dihadiri oleh lebih kurang 600 pegawai. Majlis yang dirasmikan oelh Pengharah Kastam WPKL Dato Abd.Gani bin  Othman turut menyelitkan pertandingan Gerai Tercantik dan Pegawai Putera Anggun dan Puteri Anggun.

Aksi pegawai dari Bahagian PERTEK dan gerai.




Sebahagian pegawai dari Bahagian KPSM bersama Gerai mereka.

Sebahagian pegawai Bahagian Penguatkuasaan WPKL berdiri di sisi Gerai D'Anjung Satay.
Bertambah meriah lagi majlis ini diserikan denganm persembahan nyanyian dari Kumpulan Masam Masam Manis JKDM Kuala Lumpur yang terdiri dari[pada anggota pegaqwai yang bertugas di JKDM Kuala Lumpur.



Tahniah kepada Bahagian Penguatkuasaan yang menjadi JOHAN Gerai Tercantik.Cayalahhh....



Friday, April 15, 2016

PELUPUSAN MERCUN DI KEM SYED SIRAJUDDIN GEMAS

6-28 DIS 2015  - Gemas, Negeri Sembilan.

Bahagian  Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah memusnahkan sejumlah 60 tan bunga api dan mercun di Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan. Pemusnahan ini dibantu oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam merealisasikan pemusnahan barangan rampasan merbahaya ini. Terima kasih pada Pegawai Pemerintah Kem Sirajiddin dalam kesudian memberikan bantuan dan kerjasama yang cukup memuaskan.

Barangan eksibit dieskot dengan kenderaan JKDM dari Dengkil hingga Kem Syed Sirajuddin, Gemas




Majlis perasmian dulaksanakan oleh Pegawai Pemerintah Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan wakil Ketua Bahagian Pengiuatkuasaan WPKL.



Pembakaran Mercun Dan Bunga Api Di Kawasan Yang Ditetapkan.


Thursday, March 31, 2016

TENFDER BERSEPADU SIRI 3/2015


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
TENDER BERSEPADU KENDERAAN LUCUTHAK KASTAM
BIL. 3 / 2015

Tarikh Lihat : 6 Januari 2016 Hingga 19 Januari 2016
(Waktu: 9.00pg-12.00 t/h & 2.30 ptg-4.00 ptg)
(Kecuali Hari Kelepasan Mingguan & Cuti Am)

Tawaran Bermula : 6 Januari 2016
Tarikh Tutup : 26 Januari 2016 @ 12.00 t/hari





















Keputusan para pembida yang berjaya telah diumumukan pada 30 Mac 2016. Semua pembida diberi tempoh selama 14 hari iaitu sehingga 14 April 2016 untuk proses pembayaran dan pengambilan kenderaan. Untuk kende\raan di Kuala Lumpur semua kenderaan telah berjaya dibida kecuali kenderaan Jenama SAAB dan akan dibawa ke tender akan datang. Terima kasih.