Thursday, August 11, 2016

HARI SETIA JABATAN OGOS 2016

3 Ogos 2016 - Bahagian Penguatkuasaan WPKL telah diberi peluang untuk menjadi majlis penganjur untuk bulan Jun, Julai Ogos dan September 2016. Majlis yang cukup santai amat meriah meriah, apatha lagi dibuat dalam suasana hari raya. Majlis dirasmi oleh Yg.Berbhg Dato Gani Othman Pengarah Kastam WPKL. Majlis ini turut menghargai penerima warga yang berdedikasi, pegawai cemerlang jabatan dan juga sambutan ulang tahun. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan berkhidmat dengan cemerlang.

Thursday, August 4, 2016

MAJLIS HARI RAYA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2016

28 JULAI 2016  Majlis Hari raya peringkat bahagian telah berlangsung dengan meriah. Turut menghadiri ini adalah keluarga pegawai dan juga rakan bestari jabatan, Majlis yang dirasmikan oleh PKN ini bermula pada jam 9.00 malam. Berbagai acara menarik dijalankan seperti persembahan karaoke, penyampaian duit raya  dan cabutan bertuah. Selamat hari raya....

MAJLIS HARI RAYA JKDM WPKL 2016


3 OGOS 2016  Majlis Hari Raya peringkat negeri telah berjalan dengan meriah dengan dihadiri oleh lebih kurang 600 pegawai. Majlis yang dirasmikan oelh Pengharah Kastam WPKL Dato Abd.Gani bin  Othman turut menyelitkan pertandingan Gerai Tercantik dan Pegawai Putera Anggun dan Puteri Anggun.

Aksi pegawai dari Bahagian PERTEK dan gerai.




Sebahagian pegawai dari Bahagian KPSM bersama Gerai mereka.

Sebahagian pegawai Bahagian Penguatkuasaan WPKL berdiri di sisi Gerai D'Anjung Satay.
Bertambah meriah lagi majlis ini diserikan denganm persembahan nyanyian dari Kumpulan Masam Masam Manis JKDM Kuala Lumpur yang terdiri dari[pada anggota pegaqwai yang bertugas di JKDM Kuala Lumpur.



Tahniah kepada Bahagian Penguatkuasaan yang menjadi JOHAN Gerai Tercantik.Cayalahhh....