Saturday, February 19, 2022

SURAH AL-ISRA' AYAT (82) , Ayat tentang Al-Qur'an Sebagai Obat!!!!! | Wa...

MAQIS DAN ISU TRANSHIPMENT DAGING "2021"

 



PUTRAJAYA- Surat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengenai kelonggaran syarat izin import bukan bertujuan memudahkan daging haram dibawa masuk ke dalam negara.

Ia susulan dakwaan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang mengaitkan surat berkenaan yang konon menjadi punca penguatkuasaan di pintu masuk negara longgar menyebabkan daging haram itu bebas dibawa masuk.

Jelas Maqis, surat yang dimaksudkan ialah pemakluman kepada semua pegawai di lapangan termasuk di semua pintu masuk negara tentang ketidakperluan permit import untuk semua dagangan di bawah kawalan Maqis iaitu tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma bagi aktiviti transhipment di semua pintu masuk.

Bagaimanapun, pemakluman tersebut tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana ia dikawal sepenuhnya pihak kastam di semua pintu masuk dengan penggunaan Manifest Transhipment K6.

“Keputusan itu telahpun diputuskan di peringkat pelbagai agensi, jabatan dan kementerian yang berkaitan.

“Untuk makluman, transhipment atau pindah kapal bermaksud kemasukan sesuatu komoditi di satu pintu masuk negara dan keluar pada pintu masuk yang sama, manakala aktiviti transit ialah pergerakan masuk dan keluar di dua pintu masuk yang berlainan

“Transhipment bukanlah salah satu aktiviti import dan ia bukan kaedah dagangan yang tujuan utama untuk kegunaan masuk ke negara seperti mana pemahaman orang ramai berkenaan maksud transhipment,” menurut Maqis dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, untuk surat berkenaan, hanya aktiviti transhipment sahaja dikecualikan permit import di mana aktiviti transit masih memerlukan surat kebenaran atau pas transit daripada pihak Maqis.

Katanya, transit dan transhipment untuk kegunaan negara ketiga dan Malaysia merupakan salah sebuah negara persinggahan bagi tujuan pertukaran pengangkut.

Jelasnya, surat tersebut juga memaklumkan syarat utama bagi membolehkan aktiviti transhipment dilakukan iaitu melibatkan full container load (FCL).“Manifest Transhipment K6 hendaklah dikemukakan dengan maklumat yang terperinci dan lengkap.