Friday, October 30, 2015

PEGAWAI BERSARA

29 Oktober 2015- Pada hari ini Bahagian ini akan kehilangan seorang lagi pegawai yang begitu gigih dan komitmen kepada Jabatan iaitu Pegawai Kastam Kanan Mohd.Suhaimi yang menamatkan perkhidmatannya secara pilihan pada usia 57 tahun. Majlis persaraan beliau telah diadakan pada jam 3.30 petang di Aras 3, Pejabat Penguatkuasaan Kuala Lumpur.

Pegawai Kastam Kanan En.Suhaimi bergambar kenangan bersama rakaan-rakan.sebelum sarapan pagi.
Majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Romainoor Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Dato Gani Othman Pengarah Kastam Negeri Kuala Lumpur serta semua pegawai bahagian penguatsaan pelbagai pangkat. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Tn Romainoor KBP diikuti ucapan pegawai dirai Cif Suhaimi dan seterusnya acara pemotongsn kek sebagai tanda majlis persaraan dan ingatan abadi kami. Majlis beharap beliau akan terus ceria dan berbahagia dalam dunia "pencen" dan dapat menumpukan  bersama keluarga tercinta. Kepada Cif Suhaimi  kenangan semasa ber bersama rakan-rakan selama 3 tahun berada di Bahagian Penguatkuasaan Kuala Lumpur pasti tidak akan kami lupai dan pastinya dalam masa terdekat merasai kehilangan beliau. Namun demi tugas kita terpaksa berpisah jua...Selamat bersara cif, dan  kenang kami dalam doamu...

No comments:

Post a Comment