Saturday, December 19, 2015

HARI KELUARGA 2015


Kuala Lumpur - 12 Dis 2015. Jabatan Kastam Kuala Lumpur telah mengadakan Hari Keluarga 2015 secara sederhana tetapi meriah. Program yang dihadiri oleh lebih 400 warga itu dirasmikan oleh Dato' Gani Othman Pengrah Kastam Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara anggota dan pihak pengurusan ini dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan rakyat, padang permaian, makanan percuma dan cabutan bertuah. Majlis diakhiri dengan makan tengahari bersama barisan Pengarah Kastam Negeri dan pihak pengurusan tertinggi Jabatan di Dewan Serbaguna, Perumahan Kompleks Kastam Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment