Prakata
Pertama sekali, syukur kehadrat Allah swt, dapat juga saya meneruskan catatan saya yang terhenti sejak 2016 lagi. Mulai tahun 2021 baru tergerak hati ini untuk meneruskan catatan saya. Antara penyebabnya adalah:
i) Untuk memahirkan semula catatan saya dalam blogspot.
ii) Mengisi masa yang terluang semasa pandemik COVID-19 ini.
iii) Memberikan sedikit maklumat kepada mereka yang memerlukan.
vi) Memberikan sedikit pengalaman ini dikongsikan bersama.
vi) Bukan semua ilmu & penetahuan boleh dapat dari pembacaan.
Besarlah harapan saya dengan usaha kecil saya ini ianya dapat sedikit sebanyak membantu tuan/ puan dalam menjalankan tugas harian masing-masing. Sekiranya ia membantu saya turut gembira dan sekira tuan/puan ada maklumat yang salah, maklumat lama, ada maklumat terbaru atau ada maklumat yang sesuai ditambah, sila maklumkan kepada saya melalui emel seperti berikut : azyjuara@gmail.com,
Mudah-mudahan segalanya ini bermanfaat.
Sekian, terima kasih.
Kes yang biasa terlibat dengan Bahagian Penguatkuasaan JKDM adalah yang melibatkan beberapa Akta dibawah :
1. Akta Kastam 1967 (Akta 235)
2.Akta Eksais 1976 (Akta 176)
3. Akta Zon Bebas 1990 (Akta 438)
4. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
5. Akta Racun 1952 ( Akta 366)
6. Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Akta 165)
# Maklumat Tambahan
Peraturan-Peraturan Zon Bebas 2019.
Peraturan 21 Peristiharan barang-barang yang diimport dari luar Malaysia ke dalam Zon Bebas.
21(1) Mana-mana orang yang mengimp[ort apa-apa barang , dia atau ejennya hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa
a) Suatu perisytiharan Borang ZB1 sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Peertama
b)apa-apa dokumen berhubungan dengan barang-barang itu sebagaimana dikehendaki oleh Pihak Berekuasa yang hak.
2) Perisytihran dan dokumen dalam perenggan (a) dan (b)
a) Barang mudah musnah, serta merta
b) barang mudah terbakar dalam masa 14 hari
barang lain dalam masa sebulam
dari tarikh dibawa masuk ke dalam zon bebas.
3) Barang tidak boleh dilepaskan melainkan ada perisytiharan kepada pihak berkuasa yang hak.
4) Apabila disabitkan kesalahan tidak melebihi lima [uluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
☐
1. AKTA KASTAM 1967 (Akta 235)
☒ S.52 Master atau agent
perlu mengemukakan inward manifest dalam masa 24 jam sebelum pemunggahan turun
kargo.
☐
S.52(4) Ingkar boleh dipenjara tidak melebihi Lima Tahun dan denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau keduanya.
☐ S. 87 Ikrar borang kastam dengan betul dari pembungkusan seperti berat, saiz, kuantiti, nilai dan negara asal
☐ S.114 Sitaan barang yang menjadi subjek.
☐ S.115 Pemulangan atau pelupusaan barang
S.115(1)(a) temporarily return the good to the owner thereof or to the person from whose possession, custopdy or control the good were seized.
115(1)(b) return the good to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control the good were seized. a) barang tak bercukai bayar sejumlah nilai pada masa kejadian b) Barang bercukai kena bayar cukai c) bayar cukai-cukai lain.
☐ S.115(1)(c) Jual atau pemusnahan barang. Berdasarkan opinion senior officer of customs , barang tersebut mudah rosak, barangan merbahaya, barang mudah susut nilai, cepat busuk, telah tamat tempoh, kualiti barang akan musnah
☐ S.128(1) Tiada tuntutan selepas Tiga Puluh Hari dari tarikh sitaan barang kes di Sita.
S.131 Compounding of Offences
S.131 (7) If prohibited good are seized under this Act, such goods or the amaunt secured under paragraph 115(1)(a) or (b) or the amaunt realized by sale under paragraph 115(1)(c) as the case may be, shall be forfeited.
S.131 (8) Notwithstanding subsection (7) where prohibition of the good is condiotional upon a mlicence being issued, a senior customs may realease such good if a licence is issued by any relevant authorithy and produced to the senior officer of customs within thirty days from the date such amaunt of ,money is paid.
☐ 133(1)(a) Membuat,
secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan, perakuan atau
dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini yang tidak benar atau tidak betul
dalam apa‐apa perkara.
Denda tidak melebihi RM500,000 atau
dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua‐duanya
☐ S.133(1)(b)
Membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan atau
dokumen yang dibuat bagi pertimbangan pegawai kastam berkenaan apa‐apa
permohonan yang disampaikan kepadanya, yang tidak benar atau tidak betul dalam
apa‐apa perkara.
☒ S.135(1)(a) Mengimport
atau mengeksport apa‐apa barang‐barang tak berkastam atau apa-apa barang‐barang
larangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barang‐barang berkenaan
itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantarserah atau tidak.
Kesalahan (i) dalam hal barang‐barang yang
termasuk dalam suatu kelas barangbarang yang dinyatakan dalam satu perintah
yang dibuat dalam seksyen 11(1)‐(aa) kesalahan pertama boleh dikenakan denda
tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada
20 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau
kedua‐duanya.
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya
denda tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 40
kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya.
(ii) dalam barang‐barang tak berkastam,
barang‐barang itu bukan yang berduti atau dilarang, boleh denda tidak lebih dua
kali ganda nilai barang‐barang itu atau RM10,000 yang mana satu amaun yang
lebih besar.
(iii) dalam hal barang‐barang larangan‐
(aa) kesalahan pertama bertanggungan
dengan denda tidak lebih 10 kali ganda nilai barang-barang itu dan tidak lebih
daripada 20 kali ganda nilai barang‐barang itu atau penjara tidak lebih 3 tahun
atau kedua‐duanya; dan
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya
didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang-barang dan tidak lebih
daripada 40 kali ganda nilai barang‐barang atau penjara tidak lebih 5 tahun
atau kedua‐duanya.
KESALAHAN Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
☒ S.135(1)(d)
Dengan disedarinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai
dalam milikannya atau membenarkan,
membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk
dilindungi, disimpan atau disembunyi,
apa‐apa barangbarang tak berkastam atau barang
larangan.
☐ S.135(1)(e) Dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan dengan apa‐apa barang berduti, tak berkastam atau larangan dengan niat menfraud Kerajaan terhadap apa‐apa duti ke atasnya, atau mengelak daripada mana‐mana peruntukan Akta ini atau mengelak daripada apa‐apa larangan yang terpakai bagi barang‐barang itu.
KESALAHAN Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah seksyen itu.
Sabit kesalahan pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang kes atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang kes atau RM 500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
☒ S.135(1)(g) Yang dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam apa‐apa pengelakan fraudan atau cuba mengelak dengan fraudan apa‐apa duti kastam, atau dalam pengelakan atau percubaan mengelakkan apa‐apa larangan import atau eksport.
☐ S.136 Penalti melakukan halangan
(a) Menghalang pegawai kastam menjalankan tugas
(b) Membebas atau cuba membebaskan apa‐apa barang‐barang, atau menyebabkan untuk dibebaskan, apa‐apa barang yang telah disita dengan sempurnanya.
(c) Memecah atau memusnahkan apa-apa bungkusan sebelum dan selepas rampasan
☐ S.138 Penalti bagi kesalahan lain yang tidak diperuntukan.Denda tidak melebihi 50,000.00 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali.
☐ S.139 Barangsiapa yang cuba melakukan apa-apa kesalahan
CONTOH BARANG -BARANG DALAM "PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT) 2017"
Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kastam 1977.
Pengimportan tembakau(termask rokok)/ Minuman keras perlu memohon lesen mengimport yang dikeluarkan oleh KPK
KESALAHAN berkenaan (minuman keras/ rokok) adalah tertakluk kepada barang larangan import
1. ROKOK - Di bawah butiran 1, Bahagian ll Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
(A. All importers shall comply with the health warning on cigarette packaging)
(B. Health information on cigarette packaging di Packett of cigarettes/ Cartoon of cigarette)
(C. Tax stamp - each packet of cigarette shaal be affixed a tax stamp as approved by Dirwector General)
Contoh : mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan denda tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
2. Minuman Keras Di bawah Butiran 3, Bahagian ll Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
(Every bottle , can, keg or other container of the good must be affixed with tax stamp approved by Director General of Customs)
(That the import is subject to the approval of the Food Safety ang Quality Division of the Ministry of Health)
Butiran 66, Tobacco and manufactured Tobacco Bahagian 1, Jadual Ketiga
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2017
Butiran 67 minuman keras (Fermented alcolohic and distilled alcoholic) Bahagian 1 Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2017
3. Beer - Item 3, Bahagian ll, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
#TAMBAHAN BAGI AKTA KASTAM 1967
4. - Bagi Chewing Tobacco
Butiran 66, Bahagian l, Jadual Ketiga
lTobacco and manufactured tobacco - 2401, 2402, 2403
Sek.135(1)(iii)(aa) Dalam kes baerkaitan barang larangan SELAIN ROKOK DAN MINUMAN KERAS
(aa) - Bagi kesalahan pertama denda dari tidak kurang dari sepuluh kali nilai atau Lima Puluh Ribu Ringgit, yang mana lebih besar, dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau Lima Ratus Ribu Ringgit, mana yang lebih besar atau dipenjara tidak lebih dari tujuh atau keduanya.
5. Air Zam-Zam
Dagangan ini dikategorikan sebagai barang larangan import di bawah Butiran 74, Bahagian l, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Menenai Import) 2017. Perbuatan mengimport air zam zam tanpa permit import adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta
Kastam 1967 dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019."Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali."Sabit kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
6. Cecair Vape
Cecair Rokok Elektronik adalah barangan larangan import di bawah Butiran 4 (5), Jadual Kedua, Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
"mixture and preparation whether or not containing tobacco extract or essence, nicotine, aromatic oil, flavouring etc. of kind use for vaporizer smoking."
# Mulai 1 April 2023 Cukai keatas cecair vape pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml)
- Nicotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah , cecair dan gel nicotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.
7. Device Pod
8. Daging Ayam
Ia merupahan barangan larangan import di bawah Butiran 1(1), Jadual Ketiga , Bahagian l Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dimana pengimportannya memerlukan permit dari MAQIS.
9. Kura-Kura
Ia merupahan barangan larangan import di bawah Butiran 1(3), Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Species Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit., Ia juga di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian lll kecuali permit Perhilitan.
10. Sisik Tenggiling - Butiran 1, Bahagian lll , Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
11. Cecair Rokok Elektrik - Butiran 4, Bahagian l, Jaduan Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
12. Beras - Butiran 5, Bahagian 1, Jadual Kedua , Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
13. Wang Tunai
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 28B Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktivityi Haram (AMLAFTPUAA 2001)
yang mana jika disabitkan kesalahan suspek boleh didenda tidak melebiohi 3 juta atau dienjata tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
14. Senjata Mainan (airsoft Gun)
Senjata api itu diklasifikasi sebagai dagangan larangan di
bawah Butiran 48, Bahagian 1, Jadual Ketiga. Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Import) 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000
atau kedua-duanya.
2. AKTA EKSAIS 1976 (Akta 176)
Sek,32(1) AE 1976 Tiada seorangpun boleh menjual secara runcit atau menawarkan jualkan secara runcit, apa-apa liquor yang memabukan semada digunakan pada atau di mluar premis penjual kecuali di bawah dan ,mengikut satu lesen yang dikeluarkan di bawah bbhagaian ini dan dalam suatu ntempat yang dinyatakan dalam lesen ini.
Sek. 35 - Lembaga Pelesenan bagi sesu kawasan adalah mempunyai
kuasa menurut budi bicaranya untuk mengeluarkan atau memindah
milik lesen dalam kawasan itu seperti berikut:
1) Lesen Rumah Awam 2) Lesen Rumah Bir
3) Lesen Kedai Runcit 4) Lesen Peniaga Borong
☒ Sek.35 & Peraturan 11(1) dimana setiap premis yang menjual minuman memabukan perlu mendapatkan lesen menjual minuman keras.
Sek.54 AE 1976 Penyitaan barnag-barang hal perkara sesuatu kesalahan.
☐ Sek.55(1)(c) Pemulangan atau Pelupusan harta Alih
Menjual atau memusnahkan barang-barang itu, mudah rosak, merbahaya dan mudah merosot kualiti atau nilainya.
☐ Sek.65(1) Barang-barang yang disita boleh dilucuthak
☐ Sek.65(3) Barang yg dilucuthak hendaklah diserahkan kepada pegawai yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kastam.
☒ Sek.74(1) Penalti bagi perbuatan melarikan cukai eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang berduti.
KESALAHAN Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 74(1)(i)(A) Akta Eksais 1976 yang memperuntukkan hukuman kesalahan bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah eksais iaitu RM 893.20 atau RM50,000 atau yang mana lebih tinggi jumlahnya dan tidak melebihi 20 kali ganda iaitu RM1786.40 atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan Sek.74(1)(e) - (Mengangkut menggunakan kenderaan)
Denan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara melarikan apa-apa duti eksais secara fraud
☐ Sek.76 Penalti menjual tanpa lesen di bawah Sek.35(1), boleh didenda tidak melebihi RM50,000
Sek.79 AE 1976 - Kesalahan-kesalahan yang tiada peruntukan baginya. Denda tidak lebih dari RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
MERUJUK KEPADA AKTA EKSAIS 1976,
TAFSIRAN
ARAK SEPERTI :
LIQUOR MEMABUKKAN : MEMPUNYAI ERTI YANG
DIBERIKAN OLEH SEKSYEN 2(1) AKTA KASTAM 1967
IAITU TERMASUKLAH APA-APA ALKOHOL ATAU APAAPA CECAIR YANG MENGANDUNGI LEBIH
DARIPADA DUA PERATUS SPIRIT PRUF, YANG S
ESUAI ATAU BERMAKSUD UNTUK ATAU YANG
BOLEH DENGAN APA-APA CARA DIUBAH BAGI
DIGUNAKAN SEBAGAI SUATU MINUMAN
BIR : TERMASUK OLE STOUT, PORTER DAN SEGALA
LIQUOR TAPAIAN LAIN YANG DIBUAT DARIPADA MALT
NOTA
PIHAK PBT DI BERI KUASA UNTUK MENGAWAL AKTIVITI
PENJUALAN ARAK ADALAH TIDAK SPESIFIK DAN HANYA
SECARA TIDAK LANGSUNG BERDASARKAN PERUNTUKAN
UNDANG-UNDANDI BAWAH SEKSYEN 101(1)(v) AKTA
KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) DAN SEKSYEN 102 (s)
AKTA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN KUASA PBT
MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KECIL MENGENAI
SEGALA PERKARA MENGENAI PELESENAN ARAK.
LEMBAGA PELESENAN ARAK DI
PERTANGGUNJAWABKAN DALAM MELESENKAN
PENJUALAN LIQUOR YANG MEMABUKKAN
BERDASARKAN SEKSYEN 31 AKTA EKSAIS 1976
3, AKTA ZON BEBAS 1990 (AKTA 438)
-Sek,5.(2)(a) AZB1990 aktiviti transhipment adalah dibenarkan dan
-Sek.8A AZB 1980 - Perisytiharan untuk memberikan pembutiran yang penuh dan benar.
- Sek.(1) Free Zones Regulations kuasa untuk membenarkan aktiviti transhipment di dalm zon bebas adalah terletak kepada pihak berkuasa Zon.
Sek.30(2) FTZ Regulation "(2) Notwithstanding anything in subregulation (1) a proper officer of customs or officer of Authority after consultation with the Director General as the case maybe, may refuse the transhipment any good to import or export of which is prohibited."
☒
Sek.26(1) Penyitaan barang subjek sesuatu kesalahan.
☐ Sek.30(1) Melanggar apa peraturan dan syarat. yang ditetapkan
☒ Sek.33 (1) Mengkompaun
Kesalahan
☐ Sek.38 Barang kes boleh dilucuthak
☐ Sek.40(1) Barang yang disita tiada apa-apa pendakwaan dilucuthak Tiga Puluh Hari dari tarikh Notis Sita.
Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991
Kesalahan
1. Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan ) 2019 - Tiada siapapun boleh mengimport/ membawa masuk ke dalam, mengeksport/ membawa keluar/ memindah kapal di mana-mana zon bebas apa-apa barangan larangan melainkan mempunyai suatu permit oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
4. Akta Dadah Berbahaya 1952 (AKTA 234)
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Seksyen 6B ADB bagi kesalahan menanam pokok ganja
Sek.12 Sekatan keatas pengimportan dan pengeksportan dadah
Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan minimum 10 sebatan dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun.
☒ Sek.15 Pemberian kepada diri sendiri dan kesalahan.
Seksyen 15(1)(a) ADB bagi kesalahan memasukkan dadah dalam badan.
☐ Sek.30 Seizure or forfeited of drugs
☐ Sek.30 Kuasa menahan dan merampas.
☐ Sek.30(7) Tiada tuntutan selepas tiga puluh hari barang kes terlucuthak
☐ Sek.39(7) Jika tida pendakwaan dalam sebulan kalender, dagangan akan dilucuthak
☐ Sek.39A(1) Kesalahan memiliki dadah berbahaya
#2 - 5 gram heroin/morphin
-#5-30gram MDMA
(1) 20gram-50 gram Cannabis.
(2) Lebih 50ram - 200 gram Cannabis.
Hukuman tidak melebihi melebihi 2 tahun, 3 rotan dan tidak melebihi 9 rotan
☐ Sek.39A(2) Kesalahan memiliki dadah berbahaya
# Lebih 5gram heroin/morphin
# Lebih 50 g cannabis
# Lebih 250 g opium
# Lebih 30g MDMA
Hukuman penjara lebih lebih 5 tahun tidak kurang dari 10 rotan.
Sek,39B pengedaran dadah berbahaya.
Seseorang yang ditangkap dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.
5. AKTA RACUN 1952 (AKTA 366)
☐ Sek.12 Control of compound of poison for use in medical treatment.
☐ Sek.13 Possession of sales poison and sale of poison in contravention of this act an offence.
☐ Sek.30 control import, export, manufacturing, sales etc
Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
☐ Sek.32 Penalti
☐ S.32(5) Any poison in respect of which an offence again this act shall be has been committed shall be forfeited and delivered to the Director General of Health for disposal.
# Catatan
KETUM
UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL KETUM
-Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun(bahan-bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.
☐ Sek.33 (2) memiliki daun ketum dan kesalahan di bawah Sek 35(5)
Not exceeding five thousand ringgit atau penjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.
- Sek.30 Akta Racun 1952 adalah menjadi satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.
- Kesalahan boleh didenda di bawah Sek.30(5) Akta Racun yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
6. Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Akta 165)
Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 - " (a)Tidak boleh seseorang mengilang, (b) menawar, (c) melakukan atau menawar sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud mengilang samsu haram" yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3(2) penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali, jika sabit kesalahan.
Seksyen 4(1)(a),(b),(c) "melakukan atau menawar untuk melakukan sesuatu perbuatan untuk atau bagi maksud memperdagang samsu gelap " Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 yang memperuntukkan hukuman Seksyen 4(2) (a) dan (b) penjara penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.
Sek.14(1) Sitaan dan lucuthak apa-apa samsu gelap dan yang berkaitan.
Contoh Kes:
Dua lelaki didakwa simpan, proses, jual arak haram
3 Julai 2019 @ 2:32pm
GEORGETOWN: Dua rakan perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga dakwaan menyimpan, mengilang dan memperdagangkan arak haram di Pulau Pinang, pada Jun lalu.
Tertuduh, Hla Win, 50, yang juga warga Myanmar, dan rakannya, G Gunaselan, 41, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan secara bersama di hadapan Majistret L Uma Devi.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara sedar melindungi, menyimpan, menyembunyi, atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyi, apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan.
Semua barangan terbabit adalah 216 botol jenama Whisky Extra Special, 888 botol jenama High Class Whisky, 312 botol jenama Myanmar Whisky Extra Special, 300 botol jenama Grand Royal Whisky, 18 botol jenama Brandy Cap Kapak, 160 botol Royal Club 99 Whisky, 2328 tin jenama El Diablo Super Strong Brew Lager Beer, dan 1152 tin jenama Miludeer Extra Strong Beer
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan kedua, mereka didapati mengilang samsu gelap, dan didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan terakhir, Hla dan Gunaselan didakwa melakukan atau menawarkan untuk melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud memperdagangkan samsu gelap.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 yang memperuntukkan hukuman penjara penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak kurang empat tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.
Semua pertuduhan didakwa dilakukan di premis 21, Jalan Kajang, dalam daerah Timur Laut, pada jam 6.18 petang pada 24 Jun lalu.
Uma Devi membenarkan Hla diikat jamin sebanyak RM23,000 dengan dua penjamin warga tempatan, berserta dua syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan passport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap Isnin.
Gunaselan yang bekerja sebagai juruteknik pula dibenarkan ikat jamin sebanyak RM19,000 bersama seorang penjamin.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Siti Hajar Jaafar, manakala Hla diwakili peguam Andy Ooi Cheng Liang, dan M Priya mewakili Gunaselan.
Jun lalu, akhbar melaporkan dua lelaki tempatan dan empat warga asing maut akibat keracunan metanol selepas minum arak buatan sendiri dalam beberapa kejadian sejak dua bulan lalu di Pulau Pinang.
Semua mangsa yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Sungai Pinang, dipercayai minum arak dicampur metanol, yang dipercayai diperoleh daripada sebuah premis di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).