Sunday, March 17, 2024

HARI KELUARGA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JKDM KLA 2023/24

 
9 Mac 2024 - Hari Keluarga Bahagian Penguatkuasaan 2023  telah diadakan  di The Bowlers , Mesa Mall, Nilai, Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Supian bin Mohd Yaacob Ketua Bahagian Penguatkuasaan KLIA . Selepas bacaan bacaan doa, senaman Zumba acara Hari Keluarga ini dimulai dengan  Pertandingan Melukis dan Pertandingan Membawa Bola Ping Pong bagi acara kanak-kanak dan seterusnya acara dewasa Pertandingan Bowling. 






Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu jabatan oleh para pegawai yang hadir. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan pegawai yang amat menggalakkan. 

Majlis berakhir pada ;lebih kurang jam 3.00 petang. Majlis dimeriahkan dengan cabutan hadiah bertuah, Hadiah Grand Prize dan pemenang Hadiah Teka Kacang. Tahniah kepada para pemenang. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Hari Keluarga 2023 yang berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. 



Sebahagian pegawai yang hadir pada Hari Keluarga Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA
 di The Bowlers, Mesa Mall.

Saturday, February 19, 2022

SURAH AL-ISRA' AYAT (82) , Ayat tentang Al-Qur'an Sebagai Obat!!!!! | Wa...

MAQIS DAN ISU TRANSHIPMENT DAGING "2021"

 



PUTRAJAYA- Surat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengenai kelonggaran syarat izin import bukan bertujuan memudahkan daging haram dibawa masuk ke dalam negara.

Ia susulan dakwaan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang mengaitkan surat berkenaan yang konon menjadi punca penguatkuasaan di pintu masuk negara longgar menyebabkan daging haram itu bebas dibawa masuk.

Jelas Maqis, surat yang dimaksudkan ialah pemakluman kepada semua pegawai di lapangan termasuk di semua pintu masuk negara tentang ketidakperluan permit import untuk semua dagangan di bawah kawalan Maqis iaitu tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma bagi aktiviti transhipment di semua pintu masuk.

Bagaimanapun, pemakluman tersebut tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana ia dikawal sepenuhnya pihak kastam di semua pintu masuk dengan penggunaan Manifest Transhipment K6.

“Keputusan itu telahpun diputuskan di peringkat pelbagai agensi, jabatan dan kementerian yang berkaitan.

“Untuk makluman, transhipment atau pindah kapal bermaksud kemasukan sesuatu komoditi di satu pintu masuk negara dan keluar pada pintu masuk yang sama, manakala aktiviti transit ialah pergerakan masuk dan keluar di dua pintu masuk yang berlainan

“Transhipment bukanlah salah satu aktiviti import dan ia bukan kaedah dagangan yang tujuan utama untuk kegunaan masuk ke negara seperti mana pemahaman orang ramai berkenaan maksud transhipment,” menurut Maqis dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, untuk surat berkenaan, hanya aktiviti transhipment sahaja dikecualikan permit import di mana aktiviti transit masih memerlukan surat kebenaran atau pas transit daripada pihak Maqis.

Katanya, transit dan transhipment untuk kegunaan negara ketiga dan Malaysia merupakan salah sebuah negara persinggahan bagi tujuan pertukaran pengangkut.

Jelasnya, surat tersebut juga memaklumkan syarat utama bagi membolehkan aktiviti transhipment dilakukan iaitu melibatkan full container load (FCL).“Manifest Transhipment K6 hendaklah dikemukakan dengan maklumat yang terperinci dan lengkap.

Sunday, July 25, 2021

DOA SELAMAT

Alhamdulillah...doa ini boleh dijadikan amalan untuk memelihara keselamatan diri dan keluarga.


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, kesihatan tubuh badan, ditambahkan ilmu pengetahuan, rezeki yang berkat, diterima taubat sebelum mati, diberi rahmat ketika mati dan diberi keampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkan lah kami ketika sakratul-maut dan selamatkanlah dari api neraka serta selamat ketika hisab"

SELAWAT FATIH 100x - Pembuka kepada Rezeki, Jodoh, Hajat dan pembuka seg...

Sayyidul Istighfar 1 Jam - Allahumma Anta Robbi (dengan Teks Arab dan Ar...


Kelebihan mengamalkannya:
1. Masuk syurga
2. Diampuni dosa
3. Bentuk syukur atas nikmat Allah.
4, Dicintai Allah
5. Mencegah Azab
6. Memperlancar Rezeki
7. Menbersihkan Hati
8. Ketenangan Batin